Monday, December 17, 2018

Tips Masak Sotong

Assalamualaikum, Harini kak wa nak save dan kongsikan aneka masakan sotong yang mudah dan ringkas,
lagi satu yang penting cepat di masakan.
Kak wa memang peminat setia sotong. S
otong ni masakkan ape pun semuanya sedap. Tapi nak masak sotong pun ada tips dia tau,
di sini kak wa nak kongsikan tips2 masak sotong.

TIPS MEMASAK SOTONG

1) Jangan masukkan minyak terlebih dahulu

- lpas kuali korang dah panas, terus masukkan sotong. Sotong tak kan melekat, yang penting sotong korang akan gemok dan kenyal.

2) Jangan terlalu lama di masak

- kalau kuah sotong korang tu tak masak lagi atau pun tak pecah minyak lagi korang angkat dulu sotong tu, kalau tak sotong akan mengecil.

3) Rendam sotong dengan cuka

- kalau korang simpan sotong dlm peti ais tiba2 sotong tu dah berbau, untuk hilangkan bau tu korang rendam sotong tu dengan cuka, actually kalau makanan laut yang hanyir dan berbau
cuka la ubatnya untuk hilangkan bau tu. Jangan terlalu lama. 15 minit ok la.

4) Sotong fresh jangan buang kulit dia

- sotong yang fresh tak lembik dan berbau korang jgn buang kulit dia, kenapa? sebabnya kulit sotong tu membuatkan sotong di masak lama pun akan lambat mengecut.



Ok tu je tips kak wa kalau nak masak sotong. Cara kak wa kalau siang sotong kak wa akan buang mata sotong, buang tulang sotong, dan tak potong sotong tu. Ok la sekian selamat memasak uolls.

Thursday, December 6, 2018

Kari Kepala Ikan by Yatie Kitchen


Hi semua, lama kak wa tak update blog sebab sibuk keje,, kak wa pun tak sempat masak sangat dekat rumah tu time cuti je.
Dekat KL ni susah sgt nak dapat kari yang betol2 kau mcm dekat Kedah kan, Kak wa g kedah mmg Kari diorang sana kau2,,
tapi resepi by Yatie Kitchen ni betol2 nampak kaw and kick,, ok kasi save.


View this post on Instagram

Resipi Kari Kepala Ikan Tumis Halba campur 1 sudu besar & daun Kari 2 tangkai Masuk hirisan 2 biji bawang besar, 6 ulas bawang putih ,1 inci Halia Biarkan garing & naik bau Masuk Rempah Kari Ikan @adabi_consumer 1 peket kecik + Rempah Kari Udang, Ketam & Ikan Kering @adabi_consumer + 3 sudu besar serbuk cili & paste asam jawa @adabi_consumer 1 sudu besar Tips tumis 5 kali : Masuk air 1/2 cawan - biarkan rempah garing, dah pecah minyak, ulang masuk air 1/2 cawan - ulangi step yg sama sebanyak 5 kali Masuk kan air - biarkan mendidih Masuk kepala ikan Baru masuk kan santan @adabi_consumer 1 kotak Mendidih masuk kan garam & secukop rasa Tutup api bila ikan dah masak - jgn terlalu lama sebab ikan nnt keras Di kuali yg berangsingan -Tumis darat Halba campur 1 sudu besar & daun Kari 2 tangkai, hirisan 2 biji bawang besar, 6 ulas bawang putih ,1 inci Halia Dah garing , Tuang masuk atas Kari dan biarkan ( jgn dikacau ) Selamat Menjamu Selera Siap !! #adabi20

A post shared by 🍴yatiekitchen🍴 (@yatiekitchen) on

Wednesday, November 14, 2018

AYAM KOREA PALING MUDAH

Assalamualaikum semua, entry kalini kak wa nak kongsikan resepi ayam korea yang viral sangat tu sekarang ni, yang kita tahu ayam korea ni memang pedas, tapi resepi kak wa buat ni kak wa google jugak but kak wa cuba kurangkan pedas tu sebab anak kak wa tak makan pedas.

Start kak wa buat resepi ni kak wa sendiri mengidam masakan sendiri hahaha, resepi kak wa buat ni memang sedap, jarang kak wa puji masakan sendiri nih,, kahkah ok for the resepi boleh tengok dekat bawah ni ..

AYAM KOREA MUDAH RINGKAS DAN CEPAT

Perkara pertama untuk masak ayam korea ni adalah perapan ayam dulu, ayam lagi perap lagi sedap dan lagi kuat bau dia bila kita mkn nanti,

STEP 1 - PERAPKAN AYAM

Bahan perapan :

1) halia
2) lada hitam
3) bawang putih
4) garam

* sila tumbuk atau blender bahan di atas

Cara Perap

1) Korang gaulkan bahan yang korang blender or tumnbuk tu bersama ayam tadi tu and letak dalam peti sejuk,
Ikut korang la lama mana nak perap, kalau kak wa suka perap semalaman.


STEP 2 - GORENGKAN AYAM


Bahan menggoreng ayam

1) tepung gandum
2) tepung jagung
3) lada putih

* gaul sekali bahan di atas

Cara menggoreng :

1) Panaskan minyak
2) Gaulkan setiap bahagian ayam yang hendak digoreng tadi dengan campuran tepung di atas.
3) Goreng sampai ayam masak


Ok now kak wa nak tunjuk cara buat kuah dia pulak, what important in ayam korea ni mesti la kuah dia.

STEP 3 - KUAH AYAM

Bahan- bahan

1) cili blender
2) sos cili yg biasa je - banyak sikit
3) sos cili life
4) lemon or guna limau nipis pun ok
5) garam - secubit
6) gula - 3 sudu kecil

Cara-cara :

1) Masukkan minyak tunggu sampai minyak panas
2) Masukkan cili blender - tunggu cili blender agak masak dan pecah minyak
3) Masukkan sos cili
4) Masukkan sos cili life
5) Masukkan perahan lemon or limau nipis
6) Kacau sebati dan masukkan garam
7) Masukkan gula
8) Masukkan bijan


STEP 4 - GAULKAN KUAH YG DAH MASAK TADI BERSAMA DENGAN AYAM GORENG TADI TU. SIAP UNTUK DIHIDANGKAN.



Senang giler kan..
















Monday, November 12, 2018

DIET PALING BERKESAN DAN JIMAT (EFFECTIVE DIET AND SAVE)

Hai semua Assalamualaikum, entry kalini kak wa nak kongsikan pengalaman kak wa manage menu diet untuk husband Kak wa sendiri. Husband kak wa bmi is overweight, then he need to attend interview kenaikan pangkat.
He received the interview letter 2 week before the date of interview. For the 1st stage of interview is UJIAN FIZIKAL and BMI mestilah kena cun. So how now, bmi dia dah overweight.. and do you know he need to reduce 10kg!!!! Sebab dia betul2 nak kan kerja tu dia betul-betul kerja keras, and me as wife must support him lah kan..

So what i do for him?? hahaha

Kak Wa cuma jaga permakanan dia saja, kak wa terpaksa ikut menu diet dia sebab ape sebab dia tak tahan tengok kalau kak wa masak makanan yang berat2.. hihi

Apa menu yang kak wa masak untuk dia? almost everyday kak wa masak telur sahaja, semuanya yang berasaskan telur, sebab apa? sebab nak jimat, kalau diet nak masak Salmon je dik pokai akak ni.. heheh

SARAPAN PAGI - untuk sarapan pagi kak wa buat
1) Susu dan Oat
2) pisang campur Oat
3) only pisang (2 or 3)
4) Susu and pisang

MAKAN TENGAHARI
1) brokoli with scramble egg
2) Brokoli with chicken gril
3) Ayam kukus halia
4) Ayam grill blackpepper



MAKAN MALAM
1) Brokoli with scramble egg
2) 3 biji telur rebus
3) roti



Itu menu yang selalu kak wa masak untuk dia la, semuanya menu yang senang sangat2. Menu dekat atas tu tak ada nasi tau sebab husband kak wa tak nak langsung sentuh nasi.
Alhamdulillah for this week he already lost 3kg.




Thursday, November 8, 2018

ANEKA MASAKAN AYAM UNTUK DIET


Assalamualaikum, entry harini kak wa nak copy semua aneka resepi berasaskan masakan ayam yang sihat untuk diet without use oil.

1) RESEPI AYAM STIM HALIA

Bahan-bahan
1) Ayam – potong kecik
2) 4 inch Halia – blend
3) 3 sudu besar Sos Tiram
4) 4/5 ulas bawang putih
5) Carrot – sagat
6) Tomato – belah 4
7) Daun bawang – potong dalam 2 inch
8) Daun ketumbar – hiris halus
9) Cili kering – potong dalam 2 inch
10) Garam secukup rasa

Cara masak
1- Panaskan air kukusan
2- Perap seketika ayam bersama halia yang diblend dan sos tiram.
3- Kemudian masukkan kesemua bahan hirisan tadi. Tabur garam secukup rasa
4- Kukus lebih kurang 20 Minit.
5- Siap dihidangkan.


2) SUP AYAM

Bahan-Bahan

1) Isi ayam dibasuh
2) 2 ulas bawang putih
3) 3 ulas bawang merah
4) 1 biji bawang besar
5) lobak merah dan kentang dipotong dadu
6) kulit kayu manis
7) bunga cengkih dan pelaga
8) garam dan lada

Cara masak

1) kisar bawang putih, merah dan halia
2) rebus isi ayam
3) masukkan bahan yang telah dikisar bersama bunga cengkih dan pelaga je dalam rebusan ayam
masak selama 10 minit,
4) kemudian masukkan lobak, kentang dan bawang besar



3) AYAM PANGGANG BEREMPAH

Bahan-Bahan

1) isi ayam dibasuh dan dibuang kulit
2) kunyit dan garam
3) cili kering kisar
4) rempah kari
5) daun kari
6) halia


Cara masak

1) gaul isi ayam dengan kunyit dan garam
2) masuk satu sudu besar cili kering kisar
3) gaul bersama halia dan serbuk kari
4) taburkan daun kari
5) panggang di atas pemanggang atau pun magic pan selama 10 minit




SELAMAT MENCUBA, KAK WA PUN NAK CUBA KEJAP LAGI. .

Sunday, November 4, 2018

TAUHU BERGEDIL VIRAL BY SHEILA RUSLY JS PICTURE

Assalamualaikum semua,, Waktu lunch kat ofis je sempat update menu masakan, Actually, kak wa ada follow ig Shiela Rusli and dia kerap buat Tauhu Bergedil and her Tauhu Bergedil look so tasty.. and she share her recipe in instagram, so i copy her recipe. Senang nanti bila nak ingat balik macam mana nak buat dia. Ok anyone yang nak recipe ni boleh copy kat bawah ni.


BAHAN-BAHAN

1) Taupok
2) Ubi kentang
3) Isi ayam
4) Bawang merah
5) Bawang putih
6) Daun bawang
7) Telur
8) Maggi cukup rasa
9) Cili kicap (Cilipadi,Bawang putih,Kicap manis,Limau nipis)



CARA-CARANYA:-

1) Gorengkan ubi kentang terlebih dahulu
2) Tumbuk ubi kentang, bwang merah & bawang putih yang dah digoreng
3) Cincang isi ayam yg dah dimasak (rebus)
4) Carikkan isi dalam taupok
5) Gaulkan semua bahan
6) Sumbatkan dalam taupok
7) Gaulkan taupok yg dah disumbat dengan telur
8) Gorengkan
9) Siap untuk di hidang



LAYAN VIDEO SIS SHEILA RUSLY MASAK

Sambal Ubi Kentang Crispy by Sheila Rusly

Assalamualaikum, lama betul tak update uoll, resepi kalini kak wa savekan resepi oleh sis Sheila RUsly. kak wa save sebab kak wa senang nk c...