Start kak wa buat resepi ni kak wa sendiri mengidam masakan sendiri hahaha, resepi kak wa buat ni memang sedap, jarang kak wa puji masakan sendiri nih,, kahkah ok for the resepi boleh tengok dekat bawah ni ..
AYAM KOREA MUDAH RINGKAS DAN CEPAT
Perkara pertama untuk masak ayam korea ni adalah perapan ayam dulu, ayam lagi perap lagi sedap dan lagi kuat bau dia bila kita mkn nanti,
STEP 1 - PERAPKAN AYAM
Bahan perapan :
1) halia
2) lada hitam
3) bawang putih
4) garam
* sila tumbuk atau blender bahan di atas
Cara Perap
1) Korang gaulkan bahan yang korang blender or tumnbuk tu bersama ayam tadi tu and letak dalam peti sejuk,
Ikut korang la lama mana nak perap, kalau kak wa suka perap semalaman.
STEP 2 - GORENGKAN AYAM
Bahan menggoreng ayam
1) tepung gandum
2) tepung jagung
3) lada putih
* gaul sekali bahan di atas
Cara menggoreng :
1) Panaskan minyak
2) Gaulkan setiap bahagian ayam yang hendak digoreng tadi dengan campuran tepung di atas.
3) Goreng sampai ayam masak
Ok now kak wa nak tunjuk cara buat kuah dia pulak, what important in ayam korea ni mesti la kuah dia.
STEP 3 - KUAH AYAM
Bahan- bahan
1) cili blender
2) sos cili yg biasa je - banyak sikit
3) sos cili life
4) lemon or guna limau nipis pun ok
5) garam - secubit
6) gula - 3 sudu kecil
Cara-cara :
1) Masukkan minyak tunggu sampai minyak panas
2) Masukkan cili blender - tunggu cili blender agak masak dan pecah minyak
3) Masukkan sos cili
4) Masukkan sos cili life
5) Masukkan perahan lemon or limau nipis
6) Kacau sebati dan masukkan garam
7) Masukkan gula
8) Masukkan bijan
STEP 4 - GAULKAN KUAH YG DAH MASAK TADI BERSAMA DENGAN AYAM GORENG TADI TU. SIAP UNTUK DIHIDANGKAN.
Senang giler kan..

No comments:
Post a Comment